Ibuku, guruku

Semalam semasa aku dirumah kedemaman, dapatlah menyaksikan rutin harian adik-adikku yang masih bersekolah. Seawal pagi lagi, mereka sudah bangkit untuk ke sekolah kebangsaan. Tidak sampai sejam pulang, terpaksa ke sekolah agama pula. Belum pun habis melepaskan lelah dari sekolah petang, ustazah sudah pun menanti dirumah untuk sesi mengaji. Malamnya, tuisyen bahasa Inggeris pula bersama guru India yang diundang untuk mengajar. Ada kalanya kesian melihat mereka diasak dengan pelbagai kelas tapi kalau diikutkan, pada zaman itulah mereka harus dititikberatkan dengan ilmu-ilmu sebegitu. Otak mereka lebih cepat menerima dan menangkap ilmu baru. Kanak-kanak peringkat begitu sebenarnya lebih tahan lasak dari orang dewasa seperti kita. Kalau kita, sudah pasti mengeluh dengan rutin harian yang begitu menyesakkan. Aku dulu, tidak kurang teruknya. Cuma kalau diuji dengan jadual yang menyesakkan kini, mungkin aku tidak cukup tabah untuk menghadapinya. Satu kesimpulan mudah yang aku dapat buat hanyalah satu. Kanak-kanak semuda itu tidak perlu menggalas sebarang masalah berkaitan masa depan. Fikiran mereka belum boleh lagi menjangkau sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka lihat. Tetapi kita? Apa bezanya kita dengan mereka?

Kita yang sudah boleh dipanggil dewasa ini, ada kalanya menjadikan perkara yang sekecil kuman sebuah isu besar. Suatu contoh yang boleh aku beri disini berdasarkan pengalaman ialah, “Kenapa kita berasa letih setelah memandu kereta sedangkan apa yang kita buat hanyalah menekan minyak/clutch dan memusing stering?” Yang penat sebenarnya adalah mental kita. Bila memandu, bukan sahaja kita terpaksa fokus pada jalanraya tetapi pada masa itulah fikiran kita menerawang berfikir tentang diri kita, masalah-masalah hidup yang dihadapi dan yang seumpamanya. We are actually mentally tired. Kanak-kanak tidak begitu. They live for the day without even having to think of tomorrow’s consequences. Itulah kehidupan kanak-kanak. No wonder they bring us so much joy. Ternyata, penat mental tidak sama dengan penat fizikal. Penat fizikal boleh berehat, boleh tidur… bila sudah segar kerja boleh disambung. Bila mental penat? Bila dirundung masalah yang bertimpa-timpa? Adakah dengan tidur masalah itu boleh hilang?

Aku masih ingat lagi sewaktu hidup di perantauan dulu dan tiada ustazah untuk membimbingku membaca ayat-ayat suci Al-Quran, maklah yang menjadi ustazahku. Setiap malam kami dipaksa mengaji, ada kalanya merayu-rayu tidak mahu mengaji. Kalau ada tetamu yang tidak diundang tiba, aku dan adikku akan bersorak gembira kerana kami tidak payah mengaji. Biasalah, masa itu budak-budak lagi, apa sangatlah yang aku tahu. Aku paling tidak suka bila mak suruh ulang mukasurat yang sama berkali-kali. Aku jemu. Tapi sekarang, setelah berkali-kali khatam Al-Quran, aku sangat bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat prihatin dengan ilmu agama. Rakan-rakan seperjuanganku dulu, ada yang sampai sekarang masih hanyut dibuai arus duniawi, tidak betah membaca ayat-ayat suci. Tapi aku tidak menyalahkan mereka. Mungkin bukan salah mereka, tetapi ibubapa mereka yang tidak mempunyai kesedaran menitikberatkan ilmu akhirat bagi anak-anak mereka.

Bukanlah hendak mengatakan yang diri aku hebat, jauh sekali… tapi aku bersyukur kerana diberi pendidikan agama yang cukup untuk kenal yang mana baik dan yang mana buruk. Teringat pada suatu insiden ketika berada dalam Darjah 4. Pada masa itu, aku baru sahaja pulang ke tanahair dan ustaz yang mengajar Agama pada waktu itu telah menyuruh kami menghafal salah sebuah surah. Kebetulan, dia lambat pada hari tersebut dan guru kelas aku, Pn. Siti yang berada dalam kelas. Sementara kami sibuk ‘last-minute’ menghafal, Pn. Siti meronda suatu kelas dan dengan tiba-tiba berhenti pada meja aku. Lalu bertanya, “Ni Nazihah ni, tau ke baca Quran?” Aku sedar dia memberikan aku suatu teguran sinis hanya kerana aku pelajar baru yang datang dari negara asing, tapi aku menjawab “Tau!” dengan bersungguh-sungguh. Walhal aku tau, hakikatnya dia yang tidak fasih mengaji.

Apabila melangkah ke Darjah 5, aku bertekad untuk mengenakan tudung tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. Tidak mak, tidak pun abah. Suatu hari, apabila seluruh kelasku ke perpustakaan sekolah untuk sesuatu mata pelajaran yang aku pun tidak ingat, aku telah terserempak dengan guru kelas aku dulu, Pn. Siti. Dia sedar akan perubahan aku berbanding setahun yang lalu. Sekali lagi dia memberikan aku sebuah sindiran tajam, “Ehh Nazihah, boyfriend kat Paris suruh awak pakai tudung ke?” Aku sangat marah dengan teguran dia yang tidak membina itu tapi aku menjawab dengan baik kerana hormatkan statusnya sebagai seorang guru, “Tak adalah cikgu.” Itu sahaja yang aku mampu jawab. Sungguhpun begitu, aku tidak pernah menyimpan sekelumit pun dendam terhadap dia. Aku menganggap dia bergurau kerana dia sememangnya diketahui sebagai seorang guru yang garang. Segarang-garangnya pun, dia tetap seorang pendidik.

Tetapi baru-baru ini, sewaktu menghantar adikku yang kecil ke tahun pertama alam persekolahannya, aku dikejutkan dengan penampilan Pn. Siti. Dia kelihatan begitu ayu dengan mengenakan tudung bercorak. Tambah-tambah lagi dengan rupanya yang berdarah campuran Cina dan cheekbonenya yang tinggi, dia begitu menyerlah. Aku duduk di Sudut Bacaan sekolah memerhatikan dia berlalu sambil bercakap-cakap dengan guru lain. Kenangan 10 tahun lalu menerpa kembali. Aku pasti dia tidak mengingati diriku lagi. Namun dari jauh, aku mendoakan kesejahteraannya agar dia terus dilimpahi rahmat Yang Esa.

Teachers who inspire know that teaching is like cultivating a garden, and those who would have nothing to do with thorns must never attempt to gather flowers. –Author Unknown

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s