Pelakon Pentas

Orang kata, hidup ini suatu percaturan. Bila aku fikir-fikir balik, memang ada juga benarnya. Ada langkah yang kita buat, boleh diundur seperti sesetengah buah dalam permainan catur. Namun ada juga langkah yang kita buat, sekali kita maju ke hadapan, tidak mungkin mampu berpatah kembali.

Menghuraikan konteks metafor tadi, apa-apa yang kita lakukan itu sebenarnya adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam permainan catur umpamanya, adakah kita tahu bahawa gerakan yang kita buat itu betul atau tidak? Sama ada akan mengundang kemenangan atau kekalahan? Sudah pastinya tidak, tapi kita tidak berputus asa, bukan? Permainan tetap diteruskan. Itulah yang dinamakan kehidupan. Yang membezakannya, percaturan hanyalah sebuah permainan semata-mata tetapi kehidupan adalah realiti yang harus dihadapi oleh semua yang layak digelar manusia.

Dalam permulaan sebuah permainan catur contohnya, mula-mula kita mungkin berasa seronok kerana berjaya meragut buah si lawan dengan banyaknya. Tetapi adakah itu yang menjanjikan kemenangan? Pihak lawan mungkin hanya perlu membuat beberapa gerakan sahaja dan menewaskan kita dengan perangkap “checkmate-nya”. Mengaitkannya dengan kehidupan, kita mungkin berjaya sekarang, tidak kiralah apa jua bidang yang diceburi sekalipun tetapi adakah kita pasti kejayaan itu milik kita sampai bila-bila? Begitu juga sebaliknya. Hari ini mungkin kita dibawah tetapi esok lusa? Tiada siapa yang tahu.

Usaha penting, begitu juga doa dan tawakal, tetapi yang menentukan segalanya? Hanya Yang Diatas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s