Adoiii!!!

The past two days, pagi-pagi lagi aku dah pegi berurut. Sakitnya dah lama, tapi biasalah… kata professional procrastinator, sume benda nak put off. Dah sakit barulah terhegeh-hegeh. Makcik yang urut aku tuh, ramah betul orangnya. Ada-ada je celoteh dia. Cerita pasal anak dia, jiran dia, anak-anak muda sekarang. Aku yang hebat berlakon konon-konon baik dan tak termasuk dalam kategori ‘anak-anak muda sekarang’ ni pun join je la sekali. Dia sedap-sedap bercerita sambil gelak ketawa tapi aku nih punyalah puas menyeringai menahan sakit. Mak aku ketawa je tengok gelagat aku. Bila time dia pulak, aku pun revengela.

At one point masa makcik tu urut belakang aku, dia duk tekan-tekan at this one place yang sangatlah sakit. Dia cakap, “Haa ni nih! Kan bengkak nih, dua-dua belah bengkak nih, urat kepala nih. Mesti selalu migraine kan?” Memang betul pun, dari sekolah menengah lagi aku ni selalu sangat sakit kepala. Mak kata gaya dia urut tuh macam dia kuis-kuis sikit je… tapi sakit dia, Subhanallah! Itu belum lagi kena dekat tempat yang aku betul-betul sakit. Bak kata makcik tu, “Macam orang tua je la engkau nih sakit-sakit!” Tak taulah, kesan jatuh dulu mungkin masih bersisa kot, kejap datang, kejap pergi. Pagi tadi aku pegi berurut sorang je. Mak dengan abah sesudah subuh dah berangkat balik kampung, ada orang meninggal kata mereka. Aku pun tak kenal siapa.

Aku sungguh tak puas hati Edlin terkeluar daripada AF semalam! Fitri yang patut keluar, aku dah lama aim dia! On another note, sampai sekarang tak sangka Kaer, junior kat sekolah aku dulu masuk AF, kan picha kan? Tapi memang dari dulu dia hebat menyanyi pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s